Friday, October 26, 2012

Latar Belakang Ustaz Zahazan Mohamed











Sila likes Facebook Ustaz Zahazan Mohamed disini!

Klik ceramah ustaz Zahazan di Madrasah Al-Hidayah, Kg Padang, Semabok Melaka!

Foto Aktiviti Di Japerun, Duyung!

Latar belakang penceramah:
  • Ustaz Zahazan Mohamed dilahirkan di Melaka pada tahun 1974.
  • Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986.
  • Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89.
  • Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sul Alam Shah, Klang hingga tahun 1991.
  • Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.
  • Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip. In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997.
  • Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001.
  • Menyambung PhD dalam bidang & universiti yang sama selepas itu.
  • Bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab. Bahasa al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009.
  • Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jamaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji.
  • Biasa terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.

Ceramah Agama Di Madrasah Al-Hidayah, Semabok



Assalamualaikum kepada semua orang Melaka,

Dengan rendah hati kami menjempot tuan/puan semua ke Madrasah Al-Hidayah, Kg Padang, Semabok, Melaka untuk mendengar ceramah dari penceramah jemputan kami iaitu Ustaz Zahazan Bin Mohamed. Butiran lanjut adalah seperti berikut:-

Tajuk Ceramah : "Perpaduan Nilai Keharmonian"
Penceramah Jemputan : Ustaz Zahazan Bin Mohamed
Tarikh : 3hb. November, 2012
Lokasi : Madrasah Al-Hidayah, Kg Padang, Semabok, Melaka.
Masa : 9.00 malam (lepas Isyak)
Anjuran : AJK Madrasah Al-Hidayah, Semabok, Melaka.

Diharapkan tuan/ puan dapat meluangkan masa untuk datang bersama keluarga ke program anjuran Madrasah kami ini. Moga kita semua mendapat manfaat dan kerahmatan dari Allah swt. InsyaAllah!

Ikhlas,

Penganjur Madrasah